Anu (dewa)
Anu (dewa)

Anu (dewa)

Dalam mitologi kaum Sumeria dan kemudiannya kaum Assyria dan kaum Babylon, Dewa Anu (juga An; (dari bahasa Sumeria *An = langit, alam)) merupakan tuhan langit, tuhan alam, penguasa buruj, raja kepada dewa-dewa, makhluk ghaib dan jin, dan tinggal di kawasan tertinggi langit. Adalah dipercayai bahawa dia mempunyai kuasa untuk mengadili mereka yang melakukan jenayah, dan bahawa dia telah mencipta bintang sebagai tentera untuk memusnahkan yang jahat. Ciri-cirinya adalah tiara diraja, kebanyakan masa dihiasi dengan dua pasang tanduk lembu. Dalam seni ia kadang kala digambarkan sebagai serigala (jackal).Anu memiliki beberapa pasangan, yang terpenting adalah Dewi Ki (bumi), Nammu dan Dewi Uras. Dengan Ki dia memiliki anak, Dewa Annuna. Bersama Nammu dia memiliki anak, Dewa Enki dan Ningikuga. Bersama Uras dia memiliki anak Nin'insinna. Menurut legenda, langit dan bumi adalah satu sehingga An dan Ki melahirkan Dewa Enlil, dewa udara, yang membelah langit dan bumi kepada dua. An dan Ki merupakan, dalam sesetengah teks, dikenal pasti sebagai bersaudara dan anak kepada Dewa Anshar dan Dewi Kishar. Ki kemudian berkembang menjadi Dewi Akkadia Dewi Antu.Dewa Anu salah satu dewa tertua dalam mitos Dewa-dewi Mesopotamia, dan sebahagian dari bertiga termasuk Dewa Enlil, dewa langit dan Dewa Enki, dewa air. Dia dikenali sebagai Anu oleh Akkad, pemerintah Mesopotamia selepas penaklukan Sumer pada 2334 SM oleh Raja Sargon dari Akkad. Sebagai tokok pertama dalam bertiga yang terdiri dari Anu, Bel dan Ea, Anu kemudiannya dianggap sebagai bapa dan pada permulaannya, raja dewa-dewi. Anu dikaitkan dengan jelasnya dengan kuil E-anna dalam Bandar Uruk (dalam Injil Erech) di selatan Babylon sehinggakan terdapat sebab yang baik bagi mempercayai bahawa tempat ini merupakan tempat asal kultus Anu. Sekiranya ini benar, dengan itu Dewi Inanna (atau Ishtar) dari Uruk mungkin pada satu masa merupakan pasangannya.